Pengenalan PRS

APA ITU PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para pelajar agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan pelajar merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam Kempen Pendidikan Penyalahgunaan Dadah.

PERANAN
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Ini menuntut pengorbanan perasaan dengan cuba merasai apa yang orang lain rasa, apa yang rakan anda rasa. Pepatah 'cuba masukkan kaki anda dalam kasut orang lain'. Ini menuntut penghayatan terhadap masalah orang lain, jika ia berlaku seperti kita. Oleh itu, belajarlah merasa sakit apabila melihat orang lain sakit, belajarlah hayati kesedihan apabila orang bersedih dan belajarlah hargai kegembiraan apabila melihat orang lain gembira.
  • Sebagai khidmat sokongan, membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  • Keikhlasan untuk membantu perlu lahir dari diri sendiri. Menggerakkan unit, membantu dan sebagainya perlu datang dari dalam hati sendiri.
  • Sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  • Sebagai kawan kepada pelajar, tentunya ahli PRS mendapat banyak maklumat, menerima aduan dan rintihan rakan-rakan. Ini boleh disampaikan kepada kaunselor untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan.
  • Sebagai contoh kepada pelajar lain. Ahli PRS akan menjadi orang contoh kepada pelajar lain. Maka sahsiah ahli PRS tentulah perlu tinggi dan sentiasa boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain.

 PRINSIP PRS

  • Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
  • Prinsip ini menekankan bahawa ahli PRS hendaklah membersihkan hati dan bertekad sesungguhnya bersedia dan dengan rela hati membantu orang lain tanpa sempadan agama bangsa kedudukan perlakuan dan fizikal. Ini bererti pilih kasih, berat sebelah dan diskriminasi secara total perlu dielakkan oleh ahli PRS dalam menjalankan tugas mereka.


MOTO
‘ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN 


No comments:

Post a Comment